GELENGGANG  BESAR

 

Leguminosae

Cassia alata Linn

Gelenggang Besar

 

Pengenalan

Tumbuhan Cassia alata Linn  mempunyai batang yang berwarna hitam, lembut dan bertompok putih, berdiameter di antara 5 – 6 cm manakala ketinggiannya boleh mencapai 3 cm.

            Daunnya adalah jenis majmuk pinat dalam susunan bertentangan, dengan urat daun berwarna kuning keorenan, mempunyai bau busuk dan terdapat parut pada tangkai daunnya. Bentuk daun bujur, bulat di hujung dan lebar di pangkal. Manakala bunganya bergugus dalam satu jambak dan berwarna jingga. Lengai mempunyai kulit yang tebal, berbentuk bujur dan bersayap di tepi. Dan mempunyai biji antara 50 – 70 serta bersaiz kecil dan berwarna hitam. Akarnya adalah berwarna hitam.

 

            Pokok jenis renik ini kebiasannya ditemui di tepi jalan, dikawasan rendah, berpaya dan kawasan kampung yang lembab.

 

Kegunaan

Tumbuhan Cassia alata Linn  ini boleh mengubati penyakit kulit seperti kurap, kudis dan panau  dengan kaedah mengikis permukaan kulit yang dijangkiti. Kemuduiannya ramas daunnya bersama minyak tanah dan kapur, lalu digosok pada bahagian yang terkena jangkitan.

            Manakala daunnya juga boleh dimakan sebagai ulam bagi merawat sembleit dan digunakan bagi membalut tungku bagi kegunaan selepas wanita bersalin. Tumbuhan ini juga didapati mujarab untuk merawat sembelit, penyakit cacaing serta ulser mulut (seriawan mulut)

 

            Kajian sanitifik mendapati ia mengandungi chrysophanol, emodin, allo-emodin, tannin dan rhein yang bersifat antifungal

his page should contain detailed information about this web project, about your business, products and services, that you are offering. Focus on your qualities, describe the history of your company, cerificates and awards.

You can highlight important information or announcements in text like this.

Our users

Here you can describe a typical user and why this project is important to them. It is good to motivate your visitors so that they come back to your website.